Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Perkasa pertikai Mahathir kerana kritik Najib

Kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pengurusan ekonomi negara oleh Datuk Seri Najib Razak bercanggah dengan laporan yang dikemukakan Bank Negara minggu lalu, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun ini mencatat pertumbuhan 6.4% berbanding 6.2% pada suku pertama tahun lalu, seperti yang dilaporkan Bank Negara.

[Read more →]

August 22, 2014   Comments Off

Krisis Selangor: Ibrahim Ali dakwa PAS pengecut

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali malam tadi berkata bahawa pemimpin PAS melepaskan peluang keemasan untuk membuktikan bahawa mereka boleh menggantikan UMNO demi masa depan Islam dan Melayu.“Tapi PAS akhirnya menjadi parti pengecut sehingga membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama dan mengenepikan pendirian Presiden serta Mursyidul Am,” tegasnya dalam satu kenyataan.

[Read more →]

August 18, 2014   Comments Off

Kiki popular dengan ‘amuk’ kini sertai Perkasa

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, atau yang lebih dikenali sebagai Kiki yang terbabit kes membuli seorang warga emas, telah menyertai PERKASA Selangor.Kiki menerima kad keahliannya dari NGO itu semalam.”Setiausaha kehormat PERKASA Selangor telah menyampaikan kad dan sijil keahlian kepada dua ahli baru Siti Fairrah Ashyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan bin Samsudin di pejabat PERKASA Selangor,” PERKASA Selangor mengumumkan di laman Facebook.
[Read more →]

August 15, 2014   Comments Off

Sampainya masa ada pemimpin PAS sertai Perkasa atau ISMA

Shahbudin Husin

Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan menolak perjuangan berasaskan bangsa. Bagi Pas, perjuangan bangsa adalah assabiyah dan ditolak oleh Islam. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah berkata, di akhirat nanti, Allah tidak bertanya sama ada kita Melayu, Cina atau India tetapi akan bertanyakan keislaman seseorang itu.Sebab itu, kata beliau, Islam adalah lebih penting berbanding bangsa.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Anwar Ibrahim ibarat membina empayar kroni

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti sedang membina empayar kroni untuk keluarganya.

[Read more →]

July 22, 2014   Comments Off

Perkasa: Kalau tidak boleh tembak lebih baik bawa kayu

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong seratus peratus hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memohon kebenaran pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.

[Read more →]

July 15, 2014   Comments Off

Kalimah ALLAH: Tiada rayuan lagi selepas ini

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu akur dan menerima keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang tidak membenarkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’  yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa Malaysia. Pendapat tersebut disuarakan beberapa presiden badan bukan kerajaan (NGO)  yang hadir di Istana Kehakiman pagi ini bagi mendengar keputusan kes tersebut.

[Read more →]

June 23, 2014   Comments Off

Ibrahim Ali dakwa Obama tidak waras

Perkasa menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Malaysia menafikan hak bukan Islam dan menyifatkan mereka adalah golongan yang tidak waras dan kurang akal.Menurut Presidennya Datuk Ibrahim Ali, dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, segelintir pihak begitu ghrairah menggunakan kenyataan Obama, “Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak diberi peluang sama…” dan kenyataan ini seolah-olah selama ini bukan Islam di Malaysia tidak mendapat hak dan layanan yang adil.

[Read more →]

April 29, 2014   Comments Off

Adenan’s double standard angered netizens

The wave of public confidence which followed the appointment of Adenan Satem as Chief Minister of Sarawak succeeding Taib Mahmud is beginning to ebb.Adenan is rapidly falling-off the pedestal as netizens rant “double standards” following the state’s latest decision to bar PKR strategy director Rafizi Ramli after allowing in Umno leaders and Perkasa president Ibrahim Ali.Rafizi was barred from entering Sarawak on Monday night. Immigration authorities said it was a directive from the top.

[Read more →]

April 24, 2014   Comments Off

Ibrahim Ali kata Umno dan PAS kini sama-sama ‘biol’,pulak dah…

Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai.

[Read more →]

April 7, 2014   Comments Off