Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Mampukah parti SNAP bertahan?

Apakah yang bergolak dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), parti politik tertua di Sarawak yang kini melalui satu tempoh yang penuh dengan persoalan?Bagaimanakah masa depan parti ini yang dijadual mengadakan Perhimpunan Agung tiga tahun sekalinya selama dua hari di Kuching pada 24 dan 25 Sept ini?Ramai penganalisis politik sudah pun membenamkan masa depan SNAP di persada landskap politik Sarawak kerana mereka percaya parti itu tidak akan mampu bangkit kembali kepada kegemilangannya seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

[Read more →]

September 21, 2011   Comments Off

RM1.18 bilion diberi sebelum PRN Sarawak

Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak  berlangsung April lalu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan, dalam tempoh itu.

[Read more →]

June 22, 2011   Comments Off

SPDP akui PR mula tembus rumah panjang

Kempen agresif Pakatan Rakyat di Sarawak kini membimbangkan kerajaan negeri dan juga persekutuan pimpinan BN.
Sambil menyifatkan pembangkang mengamalkan “budaya politik tidak bertanggungjawab” Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan berkata kempen dengan matlamat mendapatkan sokongan penduduk luar bandar amat membimbangkan.
[Read more →]

May 21, 2011   Comments Off

BN Sarawak akan buat bedah siasat

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan membuat bedah siasat keputusan pilihan raya negeri 16 Mac lepas, kata Tan Sri Adenan Satem, Penasihat Khas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata semua wakil rakyat daripada BN akan juga menyediakan laporan kawasan masing-masing untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya itu.

[Read more →]

May 4, 2011   Comments Off

Anwar: PAS akan kekal dalam Pakatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan PAS dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diharapkan oleh Umno dan BN. Sambil menyifatkan cadangan Umno sebagai usaha terdesak, Anwar berkata, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal bersama Pakatan Rakyat daripada menyertai BN.

[Read more →]

May 3, 2011   Comments Off

Parti baru kaum Cina diperlukan?

Alan Ting

Berikut peralihan sokongan pengundi Cina pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas, adakah parti kaum Cina yang baru dan pro Barisan Nasional (BN) boleh menyelesaikan pelbagai rungutan masyarakat Cina di negeri itu dengan kepimpinan negeri dan Kerajaan Pusat serta menjadi jawapan kepada permasalahan berkenaan?
[Read more →]

April 29, 2011   Comments Off

Semua Cina Sarawak benci BN?

Walaupun sudah seminggu berlalu, keputusan pilihan raya negeri Sarawak masih menjadi topik perbincangan khususnya mengenai gelombang pengundi Cina yang dilihat telah menolak Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan wujudnya trend polarisasi seperti yang dipamerkan oleh pengundi Cina di Semenanjung Malaysia.

[Read more →]

April 28, 2011   Comments Off

Bersatulah Melayu!

Khalid Samad

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai UMNO khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka.  Ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. DAP dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP!
[Read more →]

April 27, 2011   Comments Off

Bukan Cina juga bantu menangkan DAP

Kemenangan 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah kerana DAP turut disokong oleh pengundi bukan Cina serta faktor pengundi bandar dan luar bandar. Jelasnya, tanpa sokongan sekurang-kurangnya 25 peratus pengundi bukan Cina, DAP tidak akan dapat memenangi 12 kerusi itu. “Tanpa sokongan daripada pengundi bukan Cina, kita tidak dapat menang 12 kerusi dan secara purata sokongan pengundi bukan Cina ialah 32 peratus. Ini analisa yang kita buat,” kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.

[Read more →]

April 27, 2011   Comments Off

PKR tolak gabungan DAP-SNAP

DAP diingatkan supaya tidak mengambil jalan mudah untuk meraih sokongan masyarakat Dayak Sarawak dengan bergabung bersama Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata hasrat penggabungan antara DAP dan SNAP tidak akan membawa kepada lonjakan sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat.

[Read more →]

April 26, 2011   Comments Off