Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Amanat akhir Abdul Khalid

SHAH ALAM – Biarlah ahli politik berperang, berdrama dan berlakon kerana kelak lakonan mereka itu akan menjadi lawak jenaka yang akan dikenang. Itu adalah amanat terakhir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penjawat awam dan rakyat agar tidak melayani sikap ahli politik yang gemar berlakon.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

UMCEDEL: Sokongan rakyat pada PR Selangor merundum

Pakatan Rakyat (Pakatan) gagal mengekalkan sokongan rakyat di Selangor berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).Kajian yang dilakukan setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu merekodkan sokongan Pakatan merosot kepada 35%.Memetik laporan The Malaysian Insider hari ini, kajian itu juga menunjukkan peratusan mereka yang tidak pasti dengan kedua-dua gabungan dan enggan menjawab soalan dalam kaji selidik itu kini membentuk 40%.

[Read more →]

July 21, 2014   Comments Off

‘Atas prinsip…saya letak jawatan’

SHAH ALAM – Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

[Read more →]

June 30, 2014   Comments Off

Sabaruddin bayang keputusan buruk untuk BN dalam PRU14

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Najib.”Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.

[Read more →]

May 29, 2014   Comments Off

Pegawai khas MB Terengganu kekal

KUALA TERENGGANU – Pegawai khas menteri besar yang dilantik di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika pentadbiran menteri besar Terengganu yang terdahulu, kekal dalam jawatan mereka, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

[Read more →]

May 23, 2014   Comments Off

Krisis BN Terengganu: Kredibiliti Najib tercalar

Dengan tuduhan sebagai pemimpin lemah masih terngiang-ngiang di telinga, kredibiliti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tercalar lagi dengan krisis Terengganu, kata penganalisis.Bagaimanapun, mereka berkata ia bukan salah presiden Umno itu seorang atas terjadinya kemelut yang kini berada di luar kawalan, setahun selepas memenangi mandat pertamanya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

[Read more →]

May 14, 2014   Comments Off

Pertahan kedudukan BN di Terengganu

KUALA LUMPUR – Kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu harus dipertahankan demi memelihara mandat yang diberi oleh rakyat kepada Umno pada PRU13 yang lepas. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Umno khususnya Umno Terengganu mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang wujud.

[Read more →]

May 13, 2014   Comments Off

Kisah Ahmad Said yang penuh kontroversi

Selepas pilihanraya umum 2008 istana enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh yang mahu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu bagi penggal kedua.Istana dikatakan menolak nama Idris Jusoh yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Maka tiba-tiba nama ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dipilih oleh istana.

[Read more →]

May 13, 2014   Comments Off

Lambat laun Ahmad Said akan ditukarkan juga

Lucu bila membaca kenyataan Ketua Penerangan Umno Terengganu, Senator Datuk Rahman Bakar yang mahu mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang mecetuskan isu pertukaran Menteri Besar Terengganu.Katanya, Umno Terengganu tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang mencetuskan isu berkaitan kedudukan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

[Read more →]

May 12, 2014   Comments Off

Presiden Gerakan calon sesuai PRK Teluk Intan

IPOH – Presiden Parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong merupakan calon paling sesuai untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kata penasihat parti itu Datuk Chang Ko Youn. Beliau berkata ini kerana Siew Keong mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membawa pembangunan, sumbangan dan menabur khidmat kepada komuniti di Teluk Intan, sejak beberapa tahun lepas.

[Read more →]

May 4, 2014   Comments Off