Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pengganas Islam Filipina umum sokong pengganas ISIS

Kumpulan militan Abu Sayyaf mengisytiharkan sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) di Syria melalui video yang disiarkan di Youtube, mencetuskan amaran bersiap sedia di Sabah, lapor The Star hari ini.Video itu menyaksikan pemimpin Abu Sayyaf Isnilon Hapilon, berpakaian jubah hitam, dan beberapa lelaki bertopeng mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada Isis dan ketua mereka Abu Bakr al-Baghdadi melalui sumpah taat setia.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Sabah bukan milik Malaysia

Hasmin Azroy Abdullah

Kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa Sabah adalah milik Malaysia merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan jauh daripada kebenaran. Malah ia boleh disifatkan sebagai kenyataan seorang penjajah.Akhir-akhir ini, ada kelompok tertentu yang heboh mengatakan tentang Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia.Isu sebenar yang menyebabkan soal pemisahan ini timbul ialah kerana rasa tidak puas hati rakyat Borneo berkaitan layanan tidak adil yang diberikan terutamanya apabila Borneo adalah salah satu rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Ada cubaan kumpulan cuba bawa Sabah keluar dari Malaysia

Polis Sabah menerima satu laporan polis semalam berhubung terdapat kumpulan yang aktif menyampaikan gerakan membawa Sabah keluar dari Malaysia termasuk sebuah yang menggelarkan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menerusi laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung tindakan kumpulan dan NGO terbabit yang juga didakwa aktif menyampaikan kempen dan mengedar risalah berbaur hasutan di kampung dan kawasan pedalaman Sabah.

[Read more →]

September 3, 2014   Comments Off

Misteri cahaya merah di langit di pantai barat Sabah

Kemunculan cahaya merah yang didakwa kelihatan di langit sekitar pantai barat Sabah malam tadi, menimbulkan misteri kepada penduduk. Cahaya seakan-akan garisan panjang itu dikatakan muncul antara jam 8 hingga 10.30 malam, kemudian tersebar meluas menerusi laman sosial serta aplikasi WhatsApp.Difahamkan, cahaya itu dikatakan bukan saja dilihat sekitar daerah Putatan, Penampang dan Papar, malah didakwa kelihatan jelas di Limbang, Sarawak.

[Read more →]

September 3, 2014   Comments Off

Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanpa Sabah

KOTA KINABALU – Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanpa Sabah, kerana tanpa hasil yang diperolehi daripada sumber aslinya tidak memungkinkan negeri seperti Kedah dapat membangun, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini.

[Read more →]

September 1, 2014   Comments Off

Guru Melayu Semenanjung hina penduduk Sabah dikecam

Menganggap pos seorang guru di laman Facebook sebagai menghina penduduk Sabah baru-baru ini, Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menggesa guru berkenaan meminta maaf daripada umum secara terbuka.Naib Presiden Pekadin, Luis Lidong berkata, guru itu membuat kenyataan yang tidak sepatutnya kerana ia boleh menjejaskan hubungan di antara penduduk Sabah dan semenanjung.

[Read more →]

August 28, 2014   Comments Off

Facebook reflects the people’s aspirations

KOTA KINABALU: The quiet revolution taking place in the social media, Facebook in particular, is a reflection of the people’s aspirations on the way forward in Borneo after half a century of Federation with the peninsula on the other side of the South China Sea.

[Read more →]

August 21, 2014   Comments Off

Petronas gives Sabah 10% stake in LNG 9

KOTA KINABALU: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) has agree to give the Sabah state government a 10 per cent stake in Liquefied Natural Gas Sdn Bhd 9 (LNG 9) in Bintulu, Sarawak.

[Read more →]

August 20, 2014   Comments Off

Video hujan ais berlaku di Sabah

Kejadian fenomena hujan ais yang berlaku kelmarin, Ahad, di Tambunan, Sabah telah menggemparkan penduduk di sana.Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.30 petang yang bertempat di Kampung Timbou itu menyebabkan sebilangan penduduk menghentikan kerja seharian demi menyaksikan kejadian yang jarang berlaku itu.Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau berada di dalam rumah ketika kejadian tersebut.

[Read more →]

August 11, 2014   Comments Off

Sabah lebih memerlukan bantuan, bukan saja rakyat Palestin

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa untuk membawa pulang rakyat Sabah menganggur yang dilaporkan tinggal di jalan-jalan di Kuala Lumpur. Aktivis sosial veteran Anne Keyworth mencadangkan supaya kerajaan Sabah mengagihkan sejumlah kecil daripada belanjawan tahunan yang besar untuk mengenal pasti rakyat Sabah yang tiada tempat tinggal.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off