Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

PRK Pengkalan Kubor: SPR Minta Semua Parti Patuhi Undang-Undang

TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Khamis supaya mematuhi undang-undang dan menghentikan kempen masing-masing tepat 12 tengah malam Rabu.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Tarikh PRK Pengkalan Kubor diumumkan SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September dan hari penamaan calon pada 13 September.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, hari pengundian awal akan diadakan pada 21 September 2014 melibatkan seramai 109 pengundi berdaftar.”Sebelas sekolah akan dijadikan pusat pengundian melibatkan 46 saluran. Manakala 422 petugas akan bertugas dalam pilihan raya kecil yang melibatkan perbelanjaan RM696,750.

[Read more →]

August 29, 2014   Comments Off

Tidak rasmi: BN menang PRK Teluk Intan dengan majoriti 238 undi

Gerakan sudah mendakwa mereka menang dalam pilihan raya kecil Teluk Intan apabila calonnya Datuk Mah Siew Keong didakwa mendahului calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan 150 undi.Pusat Operasi DAP pula menganggap mereka kalah dalam pilihan raya ini. Namun mereka sedang menunggu kiraan rasmi dan mungkin memohon kiraan semula.Berdasarkan kiraan tidak rasmi DAP, calon mereka mendapat 19,919 manakala BN mendapat 20,157 manakala undi rosak adalah 550. Majoriti adalah 238 undi.

[Read more →]

May 31, 2014   Comments Off

EC: Teluk Intan by-election to go ahead

The Election Commission (EC) today announced that the Teluk Intan by-election will go ahead as scheduled on May 31, despite the demise of the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah.Its Secretary Datuk Abdul Ghani Salleh said this was in accordance to requirements of the law, he said in a press statement to the media.

[Read more →]

May 28, 2014   Comments Off

Ramkarpal menang, tiga hilang deposit

GEORGETOWN – Tiga calon yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor hilang deposit setelah gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira malam ini. Mengikut kiraan, undi minimum yang perlu diperolehi calon untuk mengekalkan deposit ialah 5,762 undi.

[Read more →]

May 25, 2014   Comments Off

PRK Bukit Gelugor: SPR Jangka 78 Peratus Keluar Mengundi

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor esok sekitar 78 peratus. Pemangku Pengarah SPR Pulau Pinang Azizal Ahmad berkata jangkaan itu berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya terdahulu.

[Read more →]

May 24, 2014   Comments Off

PRK Bukit Gelugor paling aman

GEORGETOWN – Kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor adalah antara paling aman berikutan tiada insiden dan kes jenayah yang serius berlaku sejak hari penamaan calon 12 Mei lalu.

[Read more →]

May 24, 2014   Comments Off

Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah umum bertanding

ALOR SETAR – Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas.

[Read more →]

May 14, 2014   Comments Off

SPR Pantau Perkembangan Krisis Terengganu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau perkembangan politik di Terengganu selain bersiap sedia menghadapi kemungkinan diadakan pilihan raya negeri. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR kena buat persediaan kerana hanya mempunyai masa 60 hari seperti termaktub dalam perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya Dewan Undangan Negeri Terengganu dibubar.

[Read more →]

May 13, 2014   Comments Off

Hanya parti bertanding boleh pasang bendera

GEORGETOWN – Hanya parti yang bertanding dalam pilihan raya sahaja dibenarkan memasang bendera dan simbol dalam tempoh berkempen. Ketika mengulangi peringatan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, masih banyak parti yang tidak bertanding tetapi “tumpang semangkuk” memasang bendera masing-masing dalam setiap pilihan raya.

[Read more →]

May 12, 2014   Comments Off