Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Anak Taib bermasalah dengan kes cerai, sekarang tuduh Anwar pula terlibat

Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM100 juta Shahnaz Majid kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir hari ini dikatakan konspirasi politik melibatkan antara lainnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kenyataan itu dikeluarkan apabila Abu Bekir ditanya peguamnya Datuk Zainul Rijal mengenai artikel yang dipetik daripada Sarawak Report seperti yang disertakan bekas isterinya dalam kes itu.“Artikel itu diterbitkan Harakah pada Mac 2011 bertajuk ‘Aset anak KM Taib terbongkar’, ‘Dari mana aset RM1 bilion dikumpul’, ‘Siapa Taib Mahmud di peta kekayaan Sarawak’ dan ‘Kemewahan Taib Mahmud diselubungi misteri’.

[Read more →]

September 2, 2014   Comments Off

Taib Mahmud kosongkan DUN Balingian untuk PRK

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian kosong berkuat kuatkuasa Jumaat ini berikutan peletakan jawatan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, lapor BH Online.

February 26, 2014   Comments Off

Perlukah Umno ke Sarawak?

Zabidi Saidi

Sebaik-baik sahaja Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan akan bersara pada 28 Februari ini (8 hari dari sekarang) selepas mempengerusikan mesyuarat BN Sarawak, beliau berkata jangan beri parti rasis, Umno bertapak di negeri bumi Kenyalang itu.Kenapa Taib begitu marah kepada Umno? Adakah beliau marah kerana Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang buat pengumuman dalam PRU negeri pada tahun 2011 Taib akan berundur dalam masa dua tahun.

[Read more →]

February 21, 2014   Comments Off

Taib undur, Umno masuk Sarawak

Mat Zahari Ali

Selepas menempa sejarah menjadi ketua menteri paling lama berkuasa, akhirnya Tan Sri Taib Mahmud meletak jawatan akhir bulan ini selepas 33 tahun menguasai bumi kenyalang.Pun begitu, usaha parti beliau, Parti Pusaka Bumiputra Bersatu (PBB) mengusulkan agar Taib dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) atau Gabenor Sarawak juga berkuatkuasa pada hari dan tarikh yang sama.

[Read more →]

February 19, 2014   Comments Off

YDP Agong dan Sultan semuanya tertakluk bawah Perlembagaan,tiada kuasa mutlak

Aziz Bari

Apa sahaja maksud politik di belakang pengumuman yang dibuat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 13 Februari lalu, ia menjelaskan kita tentang undang-undang berhubung kuasa bagi melantik kerajaan di Malaysia. Seperti sistem Westminster, kuasa itu terletak pada pejabat ketua negeri: Yang di-Pertuan Agong di peringkat persekutuan serta Sultan dan Yang di-Pertua Negeri di peringkat negeri.

[Read more →]

February 18, 2014   Comments Off

Kerjasama PBB-UMNO penting buat dinasti Taib berterusan

Khoo Kay Peng

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini bakal mengundur diri. Persaraannya mungkin bukan solusi bagi Umno mengembalikan sokongan pengundi di bandar yang sudah muak dengan puak-puak Taib Mahmud itu.Selepas dua pilihanraya negeri yang terakhir, DAP serta PKR telah menambah kerusi mereka di sidang dewan undangan negeri kepada 15. Di dalam PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menambah 4 kerusi parlimen, sumbangan DAP.

[Read more →]

February 17, 2014   Comments Off

Sarawak belum perlu risau Umno masuk buat masa ini

Joseph Leong

Selepas menerajui Sarawak selama 33 tahun, Tan Sri Abdul Talib Mahmud boleh dimaafkan apabila ucapan selamat tinggalnya berjela-jela, ketika bertemu pemimpin Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan parti komponen Barisan Nasional Sarawak di Kuching pada 9 Februari.

[Read more →]

February 14, 2014   Comments Off

Isu pengganti: Sangkaan Taib Mahmud meleset

KUCHING – Mesyuarat tertutup Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hujung mingggu lepas yang menjadi titik tolak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memilih Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti beliau, tidak terlepas daripada saat-saat dramatik.

[Read more →]

February 13, 2014   Comments Off

Najib yakin kebolehan Adenan

KUALA LUMPUR – Pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan memastikan kesinambungan dan menyemarakkan lagi usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

[Read more →]

February 13, 2014   Comments Off

TPM, Taib adakan perjumpaan tertutup

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengadakan pertemuan tertutup di sini, hari ini.

[Read more →]

February 13, 2014   Comments Off