Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Lambat laun Ahmad Said akan ditukarkan juga

Lucu bila membaca kenyataan Ketua Penerangan Umno Terengganu, Senator Datuk Rahman Bakar yang mahu mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang mecetuskan isu pertukaran Menteri Besar Terengganu.Katanya, Umno Terengganu tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang mencetuskan isu berkaitan kedudukan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

[Read more →]

May 12, 2014   Comments Off

Akhirnya media kerajaan sendiri tolak kesimpulan PM

Shahbudin Husin

Setelah masuk hari ke 35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini tiada khabar berita lagi.

[Read more →]

April 14, 2014   Comments Off

Anwar: Jangan salahkan Umno berkenaan laporan TV3 dan Utusan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen (MP) Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya menyalahkan Umno berkenaan laporan media keatasnya dari TV3 dan Utusan Malaysia.

[Read more →]

February 12, 2014   Comments Off

Najib pertahan AirAsia,tegur tekanan Utusan Malaysia dan Perkasa

Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Razak mempertahankan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia yang diberi tekanan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), serta menegaskan tiada sekatan dikenakan kepada penjawat awam atau rakyat Malaysia untuk menggunakannya.

[Read more →]

August 19, 2013   Comments Off

Tindakan Nazir menggoyangkan lagi kedudukan Najib

Shahbudin Husin

Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Bermula dengan berita pertemuan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan Najib Razak dari segi pengagihan kerusi kabinet, ia kemudian bertambah marak dengan tindakan adik Najib, Nazir yang menyokong kecaman CEO Air Asia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan yang didakwanya mengamalkkan sikap perkauman dalam pemberitaannya.
[Read more →]

June 13, 2013   Comments Off

Harga kereta sudah turun lama bukan kerana BN menang

Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

[Read more →]

June 13, 2013   Comments Off

Isu Azran: Zam bidas Nazir Razak

Zainuddin Maidin

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak telah memuji Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana pandangannya yang terus terang terhadap Utusan Malaysia dan Perkasa.Katanya, sikap terus terang inilah yang menjadikan dia pemimpin besar dengan keupayaannya menunaikan tanggungjawabnya sebagai CEO AirAsia.

[Read more →]

June 12, 2013   Comments Off

Azran terus diserang Wanita Umno

Beberapa Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri hari ini terus mendesak supaya Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataan beliau terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan rasis.Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norhayati Omar mahu Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz bertanggungjawab memastikan syarikat itu bertindak selari dengan kerajaan dan sentiasa mendahulukan kepentingan negara.

[Read more →]

May 30, 2013   Comments Off

Kes Azran: Rafidah ditegur Wanita Umno

Pergerakan Wanita UMNO melahirkan rasa hairan dengan sikap Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang masih berdiam diri berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani baru-baru ini.

[Read more →]

May 28, 2013   1 Comment

Bekas wartawan tunjuk perasaan

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia Hata Wahari mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan bekas pejabat majikannya di sini petang tadi. Hata, yang mendakwa dirinya masih lagi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) datang ke perkarangan pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd kira-kira pukul 4.00 petang.

[Read more →]

May 20, 2013   Comments Off